Sunday, 31 March 2013

CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? 

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Monday, 24 September 2012

Titian siratul Mustaqim.. Kita di mana ya? Allah lindungilah kami..

Photo: TOLONG SHARE DEHH!!

Perihal Sirat Mustaqim.

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.

2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.

3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.

4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.

5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.

6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.

7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.

8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.

9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.

10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

KREDIT TO Dr.Amirul Amin

P/s: gambar ini sekadar imaginasi pelukis sahaja berdasarkan ayat al-Quran.
gambar ini sekadar imaginasi pelukis sahaja berdasarkan ayat al-Quran.

Kredit to Dr.Amirul Amin..

Antara tanda-tanda Iman makin lemah..

Photo

SUMBER: https://www.facebook.com/pages/AudzubillahhiminnasSyaitonnirrajimBismillahHirrahmanirRahim/171232506280891

Tanda-tandanya semakin pasti..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Aisyah ra berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya

) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". (Hadis Riwayat Thabrani)

Diantara tanda-tanda awal kiamat ialah : -

1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.

2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.

3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.

4. Orang yang berbuat baik sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.

5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua.

6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang baik dan tidak segan terhadap mereka.

Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh baginda.

Kita berdoa, mudah-mudahan Allah SWT menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka.....

Wednesday, 19 September 2012

Jihad la di jalan Allah

bilalah agaknya umat Islam di Malaysia ni nak sibuk fikir masalah umat dan solusinya,bila pulak nak sibuk dengan dakwah dan jihad?

dah muak tengok orang yang asyik sibuk cakap pasa gejala;

couple(nak nampak suci buatlah style2 yg Islamik tapi gediks!. cis, sape ajar cmtu?)

"Dan janganlah kamu mendekati zina..."[QS; Al Israa':32]

fesyen( padahal mati esok pakai kain kafan putih gak,cotton lagi),
"Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. "[QS;Al 'Araaf:26]

movie(terhegeh-hegeh kongsi ngan member2,jiran sebelah semata-mata tak nak terlepas tengok awek/pakwe korea buat muka bajet cute dll.padahal plastik!)
"Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu,"[QS;Al Maidah:100]

games(pergi berperang ke Palestin tengok!!!)
"Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah Sebaik-baik Pemberi rezki."[QS;Al Jumu'ah:11]

kerjaya makan gaji jadi kuli batak( belaja bagai nak gila last2 makan gaji.apeda~)
"Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang."
-petikan zikir matsurat anjuran Nabi Muhammad SAW-

*penindasan dalam konteks hari ini merujuk kepada sistem kapitalisme.

harta(bagi 2 buah gunung emas pun tak cukup, padahal masuk kubur berulat gak),
"Bermegah-megahan(dengan harta,pangkat) telah melalaikan kamu,sampai kamu masuk ke dalam kubur."[QS;At Takaatsur:1-2]

dan macam-macam lagi~
:(

bukan selesai masalah pun dengan sibuk hal-hal yang merapu~

wahai umat,

kembalilah mencontohi para sahabat dan sahabiah..mereka tak letak Al Quran dan sunnah dalam rak-rak berselerak..mereka hidup suburkan Al Quran dan sunnah itu dalam jiwa mereka itu sudah cukup sempurna dalam hidup ini,

siapa yang memandang dan berbicara dengannya lantas jatuh hati dengan Allah SWT..

sedarilah, destinasi cuma 2:

Syurga/Neraka.

‎-mereka yang melakar sejarah dengan darah-

bukanlah dakwah jika hanya inginkan yang happy go lucky sepanjang masa,mahu yang simple-simple je,nak yang lawak-lawak je, nak yang ada bab cintan cintun..hiihi~♥

mengarut! (0_o)

dakwah, you have to enjoy it, but it doesn't mean that you have to play around!

“ Wahai mereka yang pondan keazamannya, jalan dakwah ini ialah jalan yang mana Nabi Adam telah penat, Nabi Nuh telah mengeluh (mengadu), Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Nabi Ismail disembelih, Nabi Zakariyya digergaji dan Nabi Yahya disembelih”.- Imam Ibn al-Qayyim-

Rasulullah SAW selama 23 tahun berdakwah di Mekah dan di Madinah,apakah Allah tak boleh menangkan Islam dalam sesaat dua? maha suci Allah daripada segala kekurangan,

Jalan (perjuangan) ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah, tetapi ianya dibentangkan dengan onak dan duri.

Ingatlah,

kita adalah salah satu mata rantai daripada rantaian dakwah yang panjang. Bukanlah kita yang memulakan, juga bukan kita yang menamatkan perjuangan ini. Kalau kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita pendek dan singkat. Tapi kalau kita hidup kerana perjuangan, hidup kita penuh makna dan panjang.

Sebagaimana Allah mampu menukar cuaca sekelip mata, Allah juga boleh menukarkan umat Islam kepada kemenangan tanpa perlu kita bersusah payah. Tetapi apalah kiranya kemenangan Islam tanpa kita menyertai dan berusaha di dalamnya. Sesungguhnya Allah ingin kita merasai nikmat kemanisan kemenangan atas usaha tangan kita sendiri.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?

Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:

"Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
[QS;2:214]

ingatlah pertolongan Allah itu amat dekat dengan hambaNya yang ikhlas mengharap redha,,

fikir-fikirkan dan selamat menemplak diri,

mentaliti belum sehebat Rasulullah

orang yang sentiasa berfikir dan mengembangkan idea secara kritis dan dinamik adalah orang yang punyai mentaliti usahawan..

sebab tu Nabi Muhammad SAW bijak lagi strategis!

kerana baginda merupakan usahawan yang sangat mantap ketika zamannya..

orang yang bermentaliti makan gaji lazimnya berfikiran jumud dan sentiasa dalam kerisauan dan pesimis terhadap perubahan dan anjakan ujian.
Mereka hanya tahu, cukup bulan gaji masuk. dah.

mereka tak fikir gaya seorang usahawan yang sentiasa memerah akal untuk hasil yang jauh lebih menguntungkan pada masa hadapan.

mentaliti sedangkal mentaliti makan gaji perlu diubah, harus jadi insan yang tegar menghadapi apapun risiko, kerana makin dasyat ujian, maka impaknya bagi orang yang optimis adalah sangat luar biasa..

lihatlah orang terkaya di dunia, apakah mereka bermentaliti makan gaji?

errr...bahkan kebanyakan yang kita kenal kuliah pun tak habis~

tak semua orang genius dalam kuliah, tapi tak semua orang genius mampu menggunakan akal fikiran kurniaan Tuhan untuk menjadi usahawan!
XD

mengapa cakap pasal keusahawanan?

hai umat Islam, selesakah kalian melihat yang sentiasa mencengkam ekonomi dunia adalah bangsa terkutuk yahudi?!

mana pergi orang-orang Islam yang kaya?
beli hotel? beli kereta berpuluh-puluh?

orang yahudi jadi kaya sebab nak jahanamkan Islam, tak sedar lagi????