Tuesday, 31 July 2012

Tazkirah : 3 Golongan di sisi Allah


Allah s.w.t. cinta kepada tiga golongan dan tiga golongan dari mereka lebih dicintai iaitu:


>Allah s.w.t. kasih kepada orang yang bertaqwa dan kepada pemuda yang taqwa lebih dikasihi.
>Allah s.w.t. kasih kepada orang miskin, tetapi orang miskin yang memiliki budi pekerti mulia lebih dicintai.
>Allah s.w.t. kasih kepada orang yang tawadhu'(merendahkan diri) dan kepada orang kaya yang tawadhu' lebih dikasihi.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:” Sesungguhnya Allah s.w.t. membenci tiga golongan tetapi benciNya kepada tiga golongan dari mereka lebih berat iaitu:

>Allah SWT membenci orang fasiq tetapi lebih dibenci adalah orang tua yang fasiq.
>Allah SWT membenci orang yang kikir(kedekut)tetapi lebih dibenci adalah orang kaya yang kikir/kedekut.
>Allah SWT membenci orang yang sombong tetapi lebih dibenci adalah orang miskin yang sombong.

No comments:

Post a Comment